Kadar Pengangguran Terus Turun Pada Tahun 2022

Kuala Lumpur: Pasaran buruh Malaysia bertambah kukuh pada bulan Julai dengan kadar pengangguran mencatat 3.7 peratus, iaitu menghampiri paras prapandemik berdasarkan penerbitan Statistik Tenaga Buruh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pencapaian itu adalah jauh lebih baik berbanding 4.5 peratus yang dicatatkan pada tahun 2021 dan 4.2 peratus pada Januari […]