5 KERJA PART TIME LUMAYAN UNTUK SELEPAS SPM

maxim-tolchinskiy-k9rfkzc_Yy8-unsplash

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM, apa yang patut anda lakukan sementara menanti panggilan universiti/kolej/institut kemahiran atau Form 6. Kerja Part Time adalah antara yang selalu dilakukan oleh pelajar lepasan SPM. Sambil mencari pengalaman anda juga boleh mendapat duit poket untuk membeli barang idaman, membantu keluarga atau menjadi modal untuk ke peringkat seterusnya pembelajaran.

 

SPONSORED

Jana pendapatan selepas SPM dengan menjadi tutor di Myclaaz.com

 

1.GRAB DRIVER

Bagi pelajar yang mempunyai lesen motor atau kereta, grab adalah antara part time yang amat lumayan. Anda boleh mencecah gaji dalam RM4000 sebulan jika anda melakukannya setiap hari, dari pagi ke malam. Tetapi jika tidak mahu bekerja sekeras itu, RM2000 juga sudah dikira agak lumayan bagi lepasan SPM.

 

2. PEMBANTU JUALAN/CASHIER

Jika anda seorang yang tidak boleh memandu atau mempunyai kenderaan, menjadi pembantu jualan atau cashier adalah pilihan yang lebih optimal. Disamping mencari duit saku anda juga akan belajar soft skill yang penting seperti cara melayan pelanggan retail yang berbagai, skil jualan dan cara kerja cashier dan retail sector. Gaji anda jika di syarikat seperti Parkson mungkin mencecah RM5/jam dan mencecah RM1200 sebulan. Tetapi mungkin lebih rendah jika di syarikat atau kedai yang lebih kecil skalanya.

 

3. MELIPAT BAJU PER BAKUL

Nampak seperti kelakar dan jenaka tetapi ini adalah realiti. Ramai suri rumah atau ibu-ibu bekerja memerlukan pertolongan lebih. Mereka malah sanggup mengambil pekerja melipat baju. Anda boleh mengambil upah melipat baju RM10-20 per bakul. Sekiranya anda mencipta alat melipat menggunakan kotak ia mungkin menjadi lebih pantas dan anda boleh mencecah RM100 sehari bagi lipatan harian selama 5-6 jam sahaja!

 

4. MENJUAL AIR DI TAMAN REKREASI

Jika anda membeli sekotak air mineral DESA 500mlx24. Kosnya adalah RM15. Jika anda menjual 1 botol RM1.50 anda sudah membuat keuntungan RM21 ringgit. Nampak kecil tetapi jika anda pelbagaikan jualan anda kami percaya anda mampu membuat lebih lagi.

 

5. BAKING/COOKING INSTANT FOOD

Daftarkan bisnes anda di Grab Food dan jualkan servis seperti brownies. Kos bagi instant mix Dr Oatker adalah RM11. Selepas anda menambah kos telur, air dan minyak anda mungkin mempunyai kos RM15 bagi 1 talam brownies. Letakkan harga brownies anda RM35 dan anda telah berjaya menjan RM20!

SPONSORED

Ikuti Kursus Free Online Rakaman Sesi Pembelajaran Pelajar Komputer Sains Dari Univesiti Of California

 

Semua ini adalah idea dari Admin Myclaaz dan tertakhluk kepada kos barang semasa dan barang-barang yang sedia ada di rumah anda!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Subscribe to Newsletter

Join 60,000+ Subscribers

A flexible and unique experience for tuition and professional learning for both web and app-based platform.

Contact

© 2021 Myclaaz. All rights reserved. Proudly Created by Cloudix Digital.