Aib Tersebar Demi Content Dan Like

Mysterious Asian muslim covering her face with hands, multiple exposure shows her sad depressed facial expression

PERKEMBANGAN teknologi pada masa kini menyebabkan wujudnya pelbagai aplikasi untuk berkongsi aktiviti seharian.

Malangnya, ada antara kita tidak dapat menggunakan medium tersebut dengan sebaik mungkin sehingga membawa pelbagai kesan buruk.

Mengambil contoh penggunaan aplikasi TikTok yang menjadi pilihan orang ramai untuk berinteraksi di dunia maya kerana mempunyai kadar engagement yang tinggi melalui video dimuat naik.

SPONSORED

Kenali Personaliti Diri di MyCourse.my

Bagaimanapun, dalam keterujaan memuat naik sebarang video, pengguna seharusnya memikirkan kesannya terlebih dahulu, apatah lagi jika video tersebut mempunyai unsur sensitif.

Ia termasuklah tindakan beberapa orang pelajar yang memuat naik keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka baru-baru ini yang gagal hampir kesemua mata pelajaran di TikTok.

Mungkin bagi pelajar-pelajar berkenaan, ia sekadar perkongsian di TikTok, tetapi apabila mendapat tanda suka yang banyak, ia kemudiannya menjadi ikutan pula kepada yang lain.

Mereka seolah-olah bangga dengan kegagalan dalam peperiksaan utama itu, namun kita tidak mahu budaya ini dinormalisasikan pada masa akan datang.

Dapat dilihat, generasi muda masa kini mudah menerima sesuatu trend tanpa berfikir panjang terlebih dahulu sehingga sanggup mengetepikan perasaan malu.

Harus diingat, apa sahaja perkongsian video yang popular di TikTok akan mudah tersebar dan dalam masa singkat ia turut tular di medium lain termasuk Facebook.

Akhirnya, video yang tular itu akan sampai kepada pengetahuan ibu bapa dan keluarga.

Bayangkan perasaan mereka dan bagaimana pula penerimaan masyarakat sekeliling.

Sekurang-kurangnya jagalah maruah dan air muka ibu bapa serta keluarga.

Janganlah kita mudah terikut-ikut dengan budaya tidak sihat ini.

Bukan sahaja golongan pelajar, malah perkongsian mengenai masalah rumah tangga, hubungan dengan keluarga mentua, ipar duai dan rakan sekerja juga mahu dijadikan kandungan di TikTok.

Tujuannya sekadar mahu meraih perhatian, simpati dan like.

Jika mahu berkongsi masalah dan meluahkan rasa yang terbuku di hati, media sosial bukanlah pilihan yang terbaik.

Lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika berkongsi di alam maya.

Janganlah disebabkan mahu meraih jumlah tontonan dan tanda suka yang tinggi, kita buka segala rahsia ‘dalam kain’.

Kawallah emosi dan buatlah pertimbangan yang bijak.

Selain itu, sebelum ini penulis dapati ada juga trend memuat naik butiran peribadi penghutang di TikTok untuk menggesa mereka membayar semula duit yang dipinjam.

Mungkin ada yang tidak tahu, wujud akta tertentu berkaitan pendedahan butiran peribadi atau mengaibkan seseorang secara umum.

Daripada niat asal untuk menggesa hutang dibayar, alih-alih terpaksa naik turun mahkamah pula kerana disaman.

Tak kurang juga ada influencer atau pempengaruh yang memuat naik pengisian kurang sopan dan berbaur lucah semata-mata untuk meraih populariti.

Segelintir mereka bertindak menutup ruang komen untuk mengelak kecaman, namun aib mereka tetap boleh dilihat oleh sesiapa pun.

Kesimpulannya, tidak salah untuk menggunakan aplikasi di media sosial, namun adalah lebih baik jika ‘menapis’ terlebih dahulu isi kandungannya supaya ia tidak membawa kesan buruk sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau orang ramai.

Ketahuilah, sebenarnya ALLAH SWT telah menutup aib hamba-hamba-NYA agar tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Oleh itu, bersyukurlah andai ALLAH SWT telah memelihara cela pada diri kita dengan kuasa-Nya.

SPONSORED

Ketahui Kaedah Berkesan Kawalan Pengunaan Gadget Untuk Anak-Anak di MyCourse.my

Source: sinarharian.com

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Subscribe to Newsletter

Join 60,000+ Subscribers

A flexible and unique experience for tuition and professional learning for both web and app-based platform.

Contact

© 2021 Myclaaz. All rights reserved. Proudly Created by Cloudix Digital.