FGV bekalkan 10,000 ayam kampung seminggu kepada AEON Big menjelang akhir tahun.

thomas-iversen-4W8FgDVyUME-unsplash

SERDANG, 8 Ogos (Bernama) — FGV Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya menyasarkan untuk membekalkan 10,000 ekor ayam kampung seminggu menjelang akhir tahun, di bawah jenama Ladang’57 yang boleh didapati di pasar raya besar AEON Big di seluruh negara.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM234 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk projek pertanian di bawah Projek Pembangunan Peneroka (PPP) untuk meningkatkan pendapatan peneroka dan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).

 

SPONSORED POST

 

Berminat Untuk memulakan perniagaan ayam ikuti kursus kami

 

“Setakat ini, kerajaan telah meluluskan sebanyak 1,036 projek ayam kampung di bawah Felda di seluruh negara. Ayam kampung semakin diminati dan mendapat permintaan yang tinggi serta harganya tinggi. Antara strategi untuk menangani masalah miskin tegar ialah dengan menggalakkan peserta menternak ayam kampung.


“Dengan kerjasama FGV dan AEON Big, masalah pemasaran bagi ternakan ayam kampung ini sudah pasti akan dapat ditangani,” katanya semasa merasmikan majlis pelancaran kerjasama makanan ayam kampung FGV ALMA – Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dan pemasaran ayam kampung Ladang’57 di sini hari ini.

 

Ketua Pertanian Bersepadu FGV Abdul Razak Aya berkata Malaysia kini mengeluarkan lapan juta ekor ayam kampung setahun dan hampir 10 peratus dieksport ke Singapura manakala bakinya diedarkan terutamanya di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Bagi meningkatkan bekalan dan memastikan terdapat bekalan ayam kampung di pasaran, FGV secara proaktif menerajui PPP dan BMTKM di bawah pengurusan penternakan kontrak.


“Sebagai permulaan, kami menyasarkan untuk membekalkan sebanyak 1,000 ekor ayam kampung seminggu kepada AEON Big tetapi yakin ia boleh ditingkatkan apabila projek itu diwujudkan di seluruh negara,” katanya.


Abdul Razak berkata kekuatan dan ketersediaan FGV dalam segmen produk makanan pengguna membolehkan FGV memainkan peranan yang sangat penting untuk negara sebagai pelaksana utama atau ‘National Global Food Company’ dalam rantaian agenda keselamatan makanan negara dan yang lebih penting sebagai pelaksana utama untuk Dasar Agro Makanan Negara (DAN) 2.0.


Katanya dengan saiz pasaran dan potensi produk makanan pengguna di peringkat global dianggarkan bernilai lebih US$11 trilion, Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi mampu untuk berdaya saing dengan memberikan fokus yang lebih tinggi dalam industri pemakanan dan penghasilan produk barangan hiliran yang berkualiti tinggi.


“Penglibatan FGV dalam Program Gedung Makanan Negara dan Program Pembangunan Peneroka dijangka dapat mengukuhkan lagi kedudukan FELDA/FGV untuk berperanan sebagai syarikat makanan negara dalam mentransformasikan agenda sekuriti makanan negara.


“Secara keseluruhannya, potensi pengeluaran hasil pertanian melalui kolaborasi ini boleh mencecah sebanyak 74,000 tan metrik setahun atau dengan anggaran nilai jualan sebanyak RM250 juta,” katanya. Mengenai jenama makanan ayam kampung berkualiti tinggi ALMA, katanya ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif FGV sebagai respons kepada agenda sekuriti makanan kerajaan.


FGV bekerjasama dengan Bernas untuk menghasilkan formulasi baharu makanan ayam yang menggunakan produk sampingan daripada kilang padi dan beras tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada makanan ayam import dan akhirnya memastikan ketersediaan produk pada harga yang lebih rendah.

Katanya inisiatif itu akan mengurangkan 10 peratus kos pengeluaran dengan menggantikan komponen jagung bijirin yang diimport dan sebanyak 30,000 tan setahun bahan produk sampingan akan digunakan untuk menghasilkan makanan ayam kampung ALMA. “Bagi perniagaan makanan ternakan, FGV telah mengoperasikan tiga buah kilang pemprosesan yang terletak di Kapar Selangor dan di Bukit Sagu serta Semambu di Kuantan Pahang.

 

SPONSORED POST

Belajar kaedah sembelihan & impak halal


“Pada 2021, FGV telah berjaya memasarkan sebanyak 38,000 tan makanan ternakan berjenama ALMA. Pada separuh pertama 2022, sebanyak 35,000 tan metrik telah dapat dipasarkan dan FGV yakin sasaran jualan sebanyak 75,000 tan metrik pada tahun ini akan dapat dicapai,” katanya.- BERNAMA

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Subscribe to Newsletter

Join 60,000+ Subscribers

A flexible and unique experience for tuition and professional learning for both web and app-based platform.

Contact

© 2021 Myclaaz. All rights reserved. Proudly Created by Cloudix Digital.