Golongan Muda Baru Bekerja Berdepan Tekanan Kerja

pexels-bich-tran-669996

PETALING JAYA – Golongan muda di negara ini dilaporkan berasa tertekan dengan bebanan pekerjaan mereka, berdasarkan Kaji Selidik Global Gen Z dan Millenial 2022 yang dilaksanakan oleh firma perkhidmatan professional, Deloitte.

Kaji selidik tersebut menakrifkan golongan Gen Z sebagai mereka yang dilahirkan antara Januari 1995 dan Disember 2003, manakala Millenial adalah kumpulan yang lahir antara Januari 1983 dan Disember 1994.

 

SPONSORED POST

Belajar Cara Menjaga Psikologi Di Tempat Kerja

 

Menurut kaji selidik berkenaan, 65 peratus daripada Gen Z di Malaysia merasai keletihan melampau (burn out) disebabkan intensity/permintaan pekerjaan mereka, lebih tinggi berbanding kadar global pada 46 peratus.

Sementara itu, 48 peratus daripada kumpulan Millenial di negara ini turut merasakan perkara sama, juga lebih tinggi daripada kadar global iaitu hanya 45 peratus.

Pengarah Konsultan Deloitte Asia Tenggara, Lee Yun-Han berkata, lebih daripada separuh populasi bekerja di Malaysia diwakili oleh kumpulan Gen Z dan Millenial dan mereka sangat bimbang tentang keadaan dunia masa kini dan masa depan mereka sendiri.

“Hampir separuh daripada Gen Z mengatakan mereka berasa tertekan sepanjang masa, atau kebanyakan masa. Tahap tekanan Milenial juga tinggi, tetapi turun sedikit daripada tahun lepas. 

“Kedua-duanya menyebut kedudukan kewangan jangka panjang, kewangan dari hari ke hari, serta pekerjaan dan beban kerja sebagai tiga penyumbang utama kepada rasa bimbang dan tekanan yang dihadapi.

“Walaupun majikan dilihat cuba menangani isu kesihatan mental di tempat kerja, ramai yang percaya ia tidak memberi kesan yang bermakna kepada pekerja,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

SPONSORED POST

Permudahkan urusan kerja anda menggunakan excel

 

Yun-Han menambah, sekarang adalah masa untuk perniagaan beralih kepada pemikiran yang lebih berani dan imaginatif untuk mengekalkan bakat yang ada serta bersaing menarik bakat-bakat baharu.

“Dengan kedudukan ringgit yang semakin lemah berbanding dolar Amerika Syarikat, Malaysia berdepan risiko lebih tinggi untuk kehilangan bakat tempatan apabila prospek peluang bekerja di luar negara menjadi semakin menarik,” katanya.

 

source: Kosmo

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Subscribe to Newsletter

Join 60,000+ Subscribers

A flexible and unique experience for tuition and professional learning for both web and app-based platform.

Contact

© 2021 Myclaaz. All rights reserved. Proudly Created by Cloudix Digital.