Malaysia capai liputan internet 100 peratus sebelum 2025

jj-ying-8bghKxNU1j0-unsplash

KUALA LUMPUR – Satelit MEASAT-3d penting kepada negara dalam mencapai liputan Internet 100 peratus sebelum 2025 dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, perkhidmatan satelit itu yang dilancarkan pada Khamis boleh digunakan dalam masa beberapa bulan lagi.

SPONSORED

Belajar teknik dan strategi untuk dapatkan leads whatsapp yang berkualiti di MyCourse.my

“Jadi pelancaran (satelit MEASAT-3d) hari ini ada dua aspek yang penting, yang pertama memungkinkan kita mencapai liputan 100 peratus bagi semua kawasan berpenduduk sebelum tahun 2025.

“Keduanya, kita boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar, meningkatkan perkhidmatan kelajuan tinggi sepertimana yang kita gunakan rangkaian gentian optik yang sedang kita laksanakan di kawasan-kawasan yang maju,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksikan siaran langsung pelancaran MEASAT-3d di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Khamis

Malaysia melalui MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT) melancarkan Satelit MEASAT-3d di Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana, Amerika Selatan pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia (6.50 petang waktu tempatan, 22 Jun).

Satelit kelapan yang dianggar melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambungan digital dan membentuk masa depan ketersambungan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

SPONSORED

Belajar asas keselamatan siber dan komponen penting memastikan sistem siber dilindungi di MyCourse.my

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Subscribe to Newsletter

Join 60,000+ Subscribers

A flexible and unique experience for tuition and professional learning for both web and app-based platform.

Contact

© 2021 Myclaaz. All rights reserved. Proudly Created by Cloudix Digital.