Pelaburan emas di Malaysia: Panduan lengkap untuk anda!

http://www.gunaymutlu.com/iStock/financial-images-360.jpg

© strelok / GettyImages

Pada Ogos 2020, harga emas Malaysia mencecah nilai tertinggi dalam 9 tahun iaitu hampir RM280 per gram dan diramalkan akan meningkat melebihi RM300 per gram pada tahun 2022. Dalam artikel ini, kami memperincikan semua yang anda perlu tahu mengenai pelaburan emas di Malaysia termasuk jenis emas, faktor yang mempengaruhi harga emas dan pro dan kontra membeli emas.

 

Pelaburan emas nampaknya menjadi semakin popular antara rakyat Malaysia yang mempunyai ‘duit tepi’ – Anda pasti tertanya adakah ia pilihan yang tepat untuk pelabur baru? Apakah risiko yang anda perlu tahu?

Sebelum kita membincangkan jenis-jenis pelaburan emas yang anda boleh pertimbangkan, jom kita tengok kelebihan gold investment ini:

  • Nilai emas kuat lawan inflasi
  • Pilihan selamat untuk pelabur. Selalunya, apabila ada krisis, harga emas selalunya naik
  • Mempelbagaikan portfolio pelaburan anda
  • Emas berkemungkinan mendapat permintaan lebih tinggi di masa akan datang

 

Jenis emas yang boleh dilabur di Malaysia

1. Emas fizikal

Emas fizikal ini ada beberapa jenis seperti jongkong emas, syiling emas dan barang kemas emas. Mungkin ada segelintir daripada anda terkejut kerana ada lebih suka emas fizikal dari digital pada zaman sekarang ni? Rupa-rupanya, ada yang lebih gemar emas fizikal sebab sifatnya  yang unik (saiz dan design yang menarik!).

Jongkong Emas 

Kebiasaannya, jongkong emas adalah pilihan pertama untuk pelabur yang berpengalaman. Kenapa, anda tanya? Sebab senang nak simpan jongkong emas (saiz dari 25g -1kg), ia sesuai untuk pelaburan yang besar dan harga boleh sampai ratusan ribu ringgit!

Cuma, jongkong emas ini bukan pilihan yang senang untuk anda jual dan dapat duit (liquidate). Katakan anda memiliki 1kg jongkong emas yang berharga RM252,909 dan berniat nak jual. Anda tidak boleh menjual sebahagian daripadanya sahaja, anda perlu mencari pembeli yang sanggup berbelanja untuk kos penuh jongkong itu.

Kelebihan Jongkong Emas Kekurangan Jongkong Emas
Untung besar kalau jual Berisiko tinggi untuk dicuri (kalau simpan kat rumah)
Senang simpan Bukan pilihan yang senang kalau nak jual
Kos lebih murah dari syiling emas Kena bayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat

 

Syiling Emas

Jika nak dibandingkan dengan jongkong emas, syiling emas adalah pilihan pelaburan yang lebih sesuai dan mudah untuk dijual (liquidate) sebab lagi harga berpatutan dan mampu milik. Selalunya, berat syiling emas adalah di antara 2.5g hingga 25g emas tulen (ideal untuk pelabur baru).

Tahu tak ada syiling emas yang dinilai lebih tinggi sebab dicetak secara asing? Ini yang membuatkan kos syiling emas jadi lebih mahal – harga boleh cecah ratusan hingga ribuan ringgit!

Kelebihan Syiling Emas Kekurangan Syiling Emas
Ideal untuk pelabur baru Berisiko tinggi untuk dicuri (kalau simpan kat rumah)
Senang simpan Kos perbuatan lebih tinggi (design unik)
Senang jual Kena bayar kos simpanan
Bernilai lebih tinggi kalau limited

 

Di mana saya boleh membeli jongkong dan syiling emas? 

Antara tempat anda boleh membeli jongkong dan syiling emas adalah bank. Anda boleh menyimpan emas fizikal di peti simpanan dekat rumah (tidak direkomen atas sebab keselamatan) atau peti simpanan selamat di bank. Cuma, anda perlu keluarkan duit sedikit – Caj paling rendah di Bank CIMB untuk satu peti kecil berjumlah RM250.

 

SPONSORED

Belajar teknik pelaburan emas disini

 

Barang Kemas Emas

price-of-gold-in-malaysia

© Muhammad Sadiq Bin Mohd Jalaluddin / EyeEm | GettyImages

Selain untuk tujuan pelaburan, ada yang lebih suka barang kemas emas sebab siap boleh dipakai. Kebanyakan harga barang kemas emas berada dalam ratusan hingga ribuan ringgit.

Namun, bukan semua barang kemas emas ni tulen (bercampur dengan bahan lain seperti perak). Jadi, anda perlu ketahui dulu berapa karat emas yang anda nak beli tu.

Satu perkara anda kena ingat berkaitan barang kemas emas adalah nilainya tak kekal. Lagi-lagi bila dah rosak atau calar (nilai jatuh) –  harga jualannya akan lebih rendah dari harga beli. Melainkan, barang kemas emas tu seperti ‘Patek Philippie Super Complication Gold Pocket Watch’ yang dibuat pada tahun 1933 dan bernilai US$11 juta!

 

Di mana anda boleh beli & simpan barang kemas emas?

Senang je, anda boleh beli dei mana-mana kedai barang kemas yang berdekatan. Selalunya, ramai akan simpan kat rumah tapi ada yang letak dalam peti simpanan dekat bank.

Kelebihan Barang Kemas Emas Kekurangan Barang Kemas Emas
Boleh pakai sebagai aksesori Nilai jual yang rendah
Senang nak beli Berisiko tinggi untuk dicuri
Kos tinggi
Tak boleh jual ikut harga tinggi

 

Cara untuk mendapat untung dengan Ar Rahnu Yapeim

Tahu tak yang anda boleh buat duit lebih dengan Ar Rahnu Yapeim? Selain boleh pajak emas di Ar-Rahnu untuk pinjaman, ada satu kaedah anda boleh gunakan untuk dapat keuntungan lebih. Cuma, anda mesti ingat yang  strategi ini hanya berjaya kalau ia dibuat dalam tempoh pinjaman.

Bagi mereka yang tidak biasa, Ar Rahnu Yapeim adalah instrumen kredit mikro yang agak baru. Hanya emas dan barang kemas yang diperbuat daripada emas yang boleh digadaikan dan ia juga patuh syariah. Servisnya boleh digunakan oleh penduduk tempatan dan orang asing, Muslim dan bukan Muslim dan tempoh pinjaman antara 1-6 bulan. Peminjam mempunyai pilihan sama ada untuk membayar balik melalui bayaran sekaligus atau ansuran bulanan. Secara amnya, margin kewangan adalah dari minimum RM100 hingga 60-70% dari nilai emas itu.

Caranya begini – Mula-mula, pajak emas dengan Ar Rahnu Yapeim untuk 6 bulan dan beli emas baru dengan duit pinjaman itu. Dalam masa yang sama, anda mesti cari peluang yang sesuai untuk jual emas yang kanda baru beli. Lepas tu, baru boleh tebus emas yang anda dah pajak guna hasil jualan. Kiranya, untung anda adalah lebihan duit daripada buat kaedah ni!

TETAPI, admin tidak rekomen cara ni kalau anda masih baru dalam pelaburan emas. Kalau anda tidak berhati-hati, anda boleh hilang lebih banyak duit!

 

2. Saham Perlombongan Emas

Saham perlombongan emas ni lain sikit dari yang lain. Anda bukan membeli emas tapi melabur dengan syarikat yang buat perlombongan emas. Sebab tu, pulangan untuk jenis pelaburan emas ni bergantung pada prestasi syarikat – di situlah anda akan mendapat dividen.

Contohnya, pada bulan Ogos 2020 haritu, prestasi saham beberapa syarikat perlombongan emas macam Borneo Oil Bhd dan Poh Kong Holdings Bhd jatuh sedikit. Ini yang admin maksudkan apabila harga saham masih boleh jatuh walaupun harga emas tinggi.

Kelebihan Saham Perlombongan Emas Kekurangan Saham Perlombongan Emas
Berkait secara tak langsung dengan prestasi emas Tak menentu & berisiko berbanding yang lain
Tidak ada emas fizikal Ikut prestasi syarikat
Pelaburan awam yang rendah (ikut harga saham)
Senang dijual untuk mendapat duit

 

3. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)

Sama seperti saham perlombongan emas, anda hanya boleh melabur dalam ETF yang disokong oleh emas. Secara amnya, jenis ni adalah ETF komoditi yang mengesan dan ikut harga emas. Gold ETF ni sesuai kalau anda baru nak mula atau nak kurangkan risiko pelaburan yang lain.

Sebagai contoh, katakan anda mempunyai beberapa portfolio pelaburan yang berisiko tinggi. Anda pun tengah usaha cari cara untuk kurangkan risiko kerugian dan melabur dalam gold ETF adalah satu opsyen yang baik.

Kelebihan Saham Perlombongan Emas Kekurangan Saham Perlombongan Emas
Dapat tahu prestasi emas Kena bayar yuran broker
Senang buat pelaburan Tak sesuai untuk semua (kena ada akaun perdagangan)
Tidak ada risiko pencurian Senang dipengaruhi oleh pasaran saham yang lain
Tidak ada kos simpanan Tak menentu dan berisiko berbanding yang lain
Senang dijual untuk buat duit  

 

4. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)

gold-bar-malaysia

©strelok /123RF

 

Untuk jenis ni, anda perlu buka akaun pelaburan emas di bank. Ada beberapa pelabur suka cara ni sebab boleh beli 99.9% emas tulen secara digital. Antara bank yang menawar servis ni adalah Maybank, Public Bank, CIMB Bank, UOB, HSBC Bank dan Kuwait Finance House.

Yang bagusnya, ada beberapa bank yang hanya perlukan deposit awal serendah 1g saja (lebih kurang RM250). Tambahan lagi, anda boleh keluarkan pelaburan ni dalam pelbagai jenis sama ada secara tunai, emas fizikal atau transfer ke dalam akaun semasa/simpanan masing-masing.

Cuma, anda kena ingat yang akaun pelaburan emas ni tidak mempunyai faedah, dividen dan tak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sesetengah Bank juga akan mengenakan caj untuk bayar upah penukaran dan perkhidmatan.

Kelebihan Akaun Pelaburan Emas Kekurangan Akaun Pelaburan Emas
99.9% emas tulen Tidak ada faedah atau dividen
Senang buat pelaburan Tidak diinsuranskan oleh PIDM
Tidak ada risiko untuk dicuri Kena bayar upah penukaran
Tidak ada simpanan Kena bayar upah perkhidmatan kalau bawah baki minimum
Senang dijual mendapat duit  

 

Berapakah harga emas di Malaysia?

Sepanjang 6 bulan yang lepas, harga emas berada antara RM220 hingga RM255. Walaupun agak tidak menentu, harga emas pada bulan Ogos / September 2020 mencecah rekod tertinggi 9 tahun pada harga hampir RM280 per gram. Anda boleh merujuk kepada trend harga semasa yang diberikan oleh Goldprice di bawah:

 

malaysia gold price today

© Goldprice.org

 

SPONSORED

Belajar teknik pelaburan emas disini

 

 

Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas semasa?

 

Ketidaktentuan ekonomi dan sentimen pasaran

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, emas dianggap sebagai pelaburan yang selamat. Apabila ada krisis ekonomi, harga emas Malaysia selalunya naik. Ramai pelabur memilih untuk melabur dalam emas kerana ingin menghadkan pendedahan mereka kepada kerugian sekiranya berlaku kegawatan ekonomi.

Sebagai contoh, tahun ini amat mancabar akibat Covid-19. Contohnya, waktu PKP dijalankan (Mac 2020), aktiviti pelaburan emas meningkat. Perkara ni memang tak mengejutkan sebab pada masa tu, ekonomi negara memang lemah.

 

Matawang Dolar US

Harga emas dengan matawang dolar US ada hubungan yang berlawanan.  Selalunya, harga emas akan naik bila nilai dolar US lemah dan sebaliknya. Sebagai contoh, harga emas jatuh 5% apabila Donald Trump menang pilihanraya pada tahun 2016 tapi… nilai dolar US naik!

 

Penawaran dan permintaan (Supply & demand)

Menurut World Gold Council (WGC), sekurang-kurangnya 75% permintaan emas dunia datang dari aktiviti perlombongan. Baki 25% pulak datang dari emas yang dah dikitar semula dari barang kemas dan alat teknologi.

Maka, apabila penawaran lebih banyak dari permintaan, harga emas akan jadi rendah dan sebaliknya. Bekalan emas semasa tidak akan cukup untuk memenuhi permintaan pembeli.

 

Apa kebaikan dan kekurangan pelaburan emas?

Hand holding golden coins

© zakokor | 123rf

Kelebihan Pelaburan Emas Kekurangan Pelaburan Emas
Kenaikan nilai dari masa ke masa Nilai perindustrian/komersial yang sikit
Boleh lawan inflasi & lindungi dari krisis Nilai utiliti yang sikit
Permintaan meningkat dari masa ke masa Satu jenis komoditi
Sifat emas yang unik Takde hasilkan dividen/pendapatan
Risiko yang rendah Prestasi jangka panjang yang rendah

 

 Apa yang perlu pelabur emas kali pertama tanya diri sendiri?

1. Keadaan pasaran emas semasa

  • Berapa harga emas semasa?
  •  Keadaan harga emas dan pasaran di masa akan datang?
  • Kalau harga emas Malaysia tengah tinggi, patutkah anda tunggu dulu sebelum beli?

2. Sebab anda nak memulakan pelaburan emas

  • Kenapa anda nak beli emas sebagai pelaburan?
  • Adakah anda nak mempelbagaikan portfolio pelaburan?
  • Kalau ini kali pertama anda buat pelaburan, patut/sesuai ke mulakan dengan emas?

3. Apa pilihan anda untuk buat pelaburan emas:

  • Anda nak pilih jenis pelaburan emas yang mana?
  • Dah pertimbangkan semua pilihan ke untuk pelaburan emas?
  • Apa cara terbaik untuk anda buat pelaburan emas?
  • Adakah anda sedia dari segi kewangan untuk kekalkan pelaburan emas?
  • Anda buat pelaburan emas untuk jangka masa pendek ke panjang?
  • Kalau anda beli emas fizikal, di mana nak simpan?
  • Sanggup bayar lebih ke untuk pilihan anda (kos simpanan, broker & servis)?

 

Adakah sekarang masa yang sesuai untuk melabur dalam emas?

Kalau kita tolak tepi ketidaktentuan ekonomi dan Covid-19, harga emas masih berada di tahap tinggi. Sebuah artikel yang diterbitkan dalam The Star menjelaskan bahawa trend membeli emas kemungkinan disebabkan pelabur takut ekonomi akan meleset dan inflasi akan berlaku. Tetapi, apabila rasa takut itu hilang, harga emas akan jatuh.

Namun, jika anda memutuskan untuk melabur sekarang, pastikan anda telah membuat penyelidikan yang mencukupi. Tanyakan diri sendiri, ‘Adakah saya sedia untuk melabur dalam emas?’, ‘Pelabur jenis apa anda?’ Dan yang paling penting, ‘Adakah anda seorang yang berani mengambil risiko?’. Sekiranya semua jawapan anda adalah ya, kami ucapkan selamat melabur!

source: iproperty

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Subscribe to Newsletter

Join 60,000+ Subscribers

A flexible and unique experience for tuition and professional learning for both web and app-based platform.

Contact

© 2021 Myclaaz. All rights reserved. Proudly Created by Cloudix Digital.