Ulama tersohor dunia Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

yusuf al qardhawi

DOHA – Ulama tersohor dunia, Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Isnin.

Berita pemergian pemimpin spiritual gerakan Ikhwanul Muslimin itu diumumkan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) dan turut disahkan anak lelakinya, Abdul Rahman menerusi akaun media sosial miliknya.

“Dunia Islam kini kehilangan seorang ulama yang paling disegani,” ujar IUMS yang diasaskan oleh beliau menerusi Twitter, namun tidak menyatakan punca kematian beliau yang dilaporkan menderita sakit untuk tempoh agak lama.

Yusuf al-Qaradawi yang dilahirkan di Mesir telah menetap di Qatar sejak 2013 dan turut diberikan hak kerakyatan negara berkenaan.

Beliau dikenali komuniti antarabangsa kerana mempunyai pandangan yang tegas tentang konflik Israel-Palestin malah ulama sunni berkenaan juga pernah menggunakan pendekatan lebih lembut terhadap kumpulan syiah ketika ketegangan tercetus antara Qatar dan Arab Saudi.

Pada masa itu, beliau menggesa persefahaman antara kedua-dua pengikut kumpulan sunni dan syiah walaupun berlainan mazhab.

Yusuf al-Qaradawi juga merupakan antara ulama yang menyokong revolusi Arab Spring di Kaherah pada 2011 yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Hasil tulisannya berjudul The Lawful and Prohibited in Islam turut diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan menjadi titik rujukan utama kepada umat Islam di seluruh dunia.

Pada 2009, Malaysia pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau yang mengiktiraf sumbangan dan jasa besar individu sempena sambutan tahun baharu Islam. – Agensi

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Subscribe to Newsletter

Join 60,000+ Subscribers

A flexible and unique experience for tuition and professional learning for both web and app-based platform.

Contact

© 2021 Myclaaz. All rights reserved. Proudly Created by Cloudix Digital.